MEOW KENA MANDI KE TAK?

MEOW KENA MANDI KE TAK? - Catzonia

Grooming dan mandi adalah aktiviti untuk membersihkan kucing. Akan tetapi, ramai yang beranggapan mandi ini tidak perlu kerana kucing mampu membersihkan diri sendiri. Benarkah begitu? 🤔

Jawapannya adalah tidak benar! Memang tidak dinafikan kucing adalah haiwan yang pembersih dan suka grooming diri sendiri dengan cara menjilat bulu. Tetapi anda kena tahu yang menjilat bulu sahaja tidak dapat untuk membersihkan bulu dan kulit kucing sepenuhnya dan juga tidak dapat mengelakkan daripada masalah-masalah seperti berikut:-

🐱 Jangkitan kutu

Kutu adalah sejenis ecto parasites yang mengakibatkan kegatalan pada kulit kucing. Gigitan kutu akan membuatkan rasa ketidakselesaan pada kucing dan kucing berpotensi untuk mendapat jangkitan dalam darah yang disebarkan melalui gigitan kutu. Ia bukan sahaja terjadi pada outdoor cat, tetapi juga indoor cat. Biasanya indoor cat akan terkena jangkitan kutu daripada hama yang berada dalam rumah, ataupun luar rumah. Berkemungkinan juga daripada kutu yang melekat dekat pakaian owner kucing tersebut semasa berada di luar rumah.

Rawatan mandian kutu adalah rawatan yang sangat berkesan untuk mengelakkan dan merawat masalah kutu. Sekiranya anda tak mahu kucing anda dijangkiti kutu, maka keraplah periksa keadaan kucing anda dan rawatlah dengan segera sekiranya ternampak kutu pada badan kucing. Jika nak buat prevention lagi bagus. Sebelum terkena baik buat prevention terlebih dahulu dengan buat rawatan mandi dan letak ubat kutu.

🐱 Jangkitan kulit

 Tahukah anda, setiap kucing pasti akan mengalami masalah kulit sekali seumur hidup! Sebagai cat parents, sudah tentu kita mahukan yang terbaik untuk si bulus kesayangan kita. Tak sampai hatilah melihat mereka kerap menggaru disebabkan jangkitan kulat ataupun fungus yang membiak pada kulit. Aduh, takkan nak suruh kucing jilat diri sendiri je untuk sembuhkan kulit yang semakin lama semakin memerah dan menggerutu?

Jenis mandian yang berubat ataupun medicated bath adalah solusi yang paling tepat untuk merawat dan mengelak masalah kulit pada kucing. Takkan nak tunggu kucing dah terkena fungus baru anda nak lakukan sesuatu untuk rawat masalah ni? Prevention is better than cure!

🐱 Masalah bulu gugur

Bulu gugur bukanlah masalah yang asing lagi pada kucing. Lagi-lagi kucing yang berbaka bulu panjang dan bulu tebal. Cuaca di Malaysia menjadi salah satu faktor terjadinya masalah bulu gugur kerana suhu yang panas menyebabkan kucing merasa tidak selesa dan seterusnya akan mengakibatkan stress. Kucing yang stress lebih mudah mendapat masalah bulu gugur kerana kurangnya aktiviti grooming.

Grooming dan mandi akan menstabilkan suhu badan kucing dan seterusnya dapat membersihkan lebihan sebum yang terdapat pada kulit kucing. Bila kulit sihat, bulu pun tak gugur lagi. Nampak tak betapa pentingnya grooming dan mandi kepada kucing dan juga cat parents sendiri.

🐱 Masalah bulu gumpal

Seperti bulu gugur, bulu gumpal juga adalah masalah yang selalu dihadapi oleh kucing terutamanya yang berbulu panjang. Jika dibiarkan, gumpalan bulu akan menjadi lebih teruk dan kucing akan merasa tidak selesa.

Lebih teruk lagi, gumpalan bulu yang semakin teruk hingga ke kulit atau dikenali sebagi matted fur akan menyukarkan kucing untuk bergerak kerana matted fur akan menarik kulit di bahagian tersebut. Bayangkan sakitnya bila rambut kita kena tarik, itulah yang dirasai oleh mereka.

Semasa grooming, aktiviti menyikat bulu adalah yang paling penting sebelum dan selepas mandi. Ia adalah untuk mengatasi masalah bulu gumpal dan membuang bulu mati.

🐱 Kebersihan kucing

Grooming dan mandi membantu dalam mengoptimumkan tahap kebersihan kucing. Ia dapat membantu kucing untuk merasa lebih segar dan selesa dengan diri mereka sendiri. Bukan kucing sahaja yang akan rasa selesa, tapi cat parents juga senang hati bila melihat kucing sentiasa bersih, wangi, dan bulu semakin gebu.

🐱 Ingrown nails

Ingrown nails adalah keadaan di mana kuku kucing tumbuh secara berlebihan dan menusuk bahagian isi di tapak kaki kucing ataupun dikenali sebagai toe bean. Ingrown nails terjadi kerana kurangnya aktiviti scratching dan kuku dibiarkan tidak dipotong terlalu lama. Ia selalunya terjadi kepada indoor cat.

🐱 Ear mites

Ear mites atau kutu telinga juga adalah salah satu parasit yang berada dalam telinga kucing.Jika tidak dibersihkan dan dirawat, ia boleh mengakibatkan jangkitan dalam telinga, seterusnya boleh menganggu sistem saraf kucing. Kucing akan merasa terlalu gatal di bahagian telinga dan akan menggaru telinga sehinga boleh menyebabkan luka. Luka tersebut boleh mengakibatkan jangkitan kulit pula.

Sekarang anda dah tahu kan bahayanya ear mites ni pada kucing anda? Sila periksa telinga kucing anda, sekiranya terdapat kotoran berwarna hitam atau kecoklatan, kemungkinan itu adalah ear mites, segera dapatkan rawatan!

Diharapkan setelah anda mengetahui mengenai pentingnya grooming dan mandi kepada kucing, anda sebagai cat parents akan lebih peka dan prihatin terhadap kucing anda. Grooming dan mandi disarankan untuk dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali atau yang paling kerap 2 minggu sekali sahaja.